INFO PROJEK

Program SolusiEmas.com adalah satu projek untuk menyelesaikan masalah kebanyakan orang, iaitu masalah kewangan. Telah dibudayakan kepada masyarakat Malaysia umumnya untuk dihantar ke sekolah rendah, menengah dan universiti. Belajar rajin2 dan kemudian mendapatkan pekerjaan. Kemudian dengan pendapatan yang ada, kebanyakan nya akan berkeluarga dan begitulah seterusnya dibudayakan kepada generasi seterusnya. 

Apa yang tidak dibudayakan adalah tentang pengurusan kewangan apabila sudah mendapat pekerjaan. Akibatnya, apabila kita melihat kehidupan ramai rakyat Malaysia hari ini penuh dengan stress dan episod sedih kerana hutang yang bertimbun, dan tiada pengurusan kewangan. Mengakibatkan tiadanya kebahagiaan.

Anda mungkin adalah antara mereka yang sedang bermasalah dengan hutang dan tiada pengurusan kewangan. 

Jadi, kita rangkakan satu projek yang mengajarkan ahli untuk meng ADA kan bajet untuk pengurusan kewangan keluarga. Atau bagi mereka yang dah ada buat bajet, utk menambahbaik bajet sedia ada menjadi solusi muktamad kepada semua masalah kewangan. 

Adakah Penting untuk ada bajet kewangan?

Jawapannya sangat penting. Malah kita merasakan ilmu ini sepatutnya diajarkan disekolah dan dibudayakan untuk setiap rakyat Malaysia. Untuk menunjukkan kepentingan membuat bajet kewangan, terutamanya bagi kegunaan peribadi dan keluarga, kita boleh fokus kepada beberapa aspek utama:

  1. Mengawal Perbelanjaan
    Dengan membuat bajet, kita dapat mengenal pasti berapa jumlah wang yang diperlukan untuk perbelanjaan penting seperti makanan, sewa, utiliti, dan pendidikan. Ini membantu mengelakkan pembelian impulsif yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan kita.

  2. Menguruskan Hutang
    Bajet yang baik membantu kita mengatur pembayaran hutang secara cekap dan berjadual. Dengan itu, kita boleh elakkan bayaran tertunggak yang boleh menyebabkan beban bunga tinggi atau rekod kredit yang kurang baik.

  3. Menetapkan dan Mencapai Matlamat Kewangan
    Dengan bajet, kita boleh membuat perancangan untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang seperti membeli rumah, menyimpan untuk pendidikan anak, atau bercuti. Ini memberikan hala tuju yang lebih jelas terhadap perancangan masa depan.

  4. Mewujudkan Tabung Kecemasan
    Dalam bajet, kita boleh memasukkan peruntukan untuk dana kecemasan. Dana ini penting untuk menampung perbelanjaan luar jangka seperti kos perubatan atau pembaikan kenderaan, yang boleh menjejaskan kewangan jika tidak dirancang.

  5. Mengurangkan Stres Kewangan
    Bajet yang tersusun boleh mengurangkan tekanan kewangan, dan tekanan hidup. Apabila kita tahu ke mana perginya setiap sen, kita dapat merancang dengan lebih baik dan tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan yang mengejutkan. Memang duit bukan segalanya, tapi zaman sekarang semuanya melibatkan duit.

  6. Pendidikan Kewangan Keluarga
    Bajet juga membantu mendidik ahli keluarga, terutamanya anak-anak, mengenai pentingnya pengurusan kewangan. Ini mewujudkan budaya kewangan yang sihat dalam keluarga yang akan berguna untuk generasi seterusnya.

Menunjukkan kepentingan ini dengan cara yang mudah difahami dan melibatkan ahli keluarga dalam proses membuat bajet juga membantu mereka lebih memahami dan menghargai kepentingan pengurusan kewangan. Berkongsi laman web SolusiEmas ini kepada lebih ramai orang akan membantu lebih ramai masyarakat kita keluar dari masalah kewangan dan mempunyai bajet pengurusan kewangan yang mampan. 

Berapakah Nilai Ilmu Pengurusan Kewangan?

Baiklah, saya nak berkongsi satu cerita yang saya sendiri lalui. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Tuhan, saya diuji dan diajarkan tentang bagaimana untuk hidup. Cuma saya belajar dari pengalaman yang sangat susah payah. Saya pernah menjadi jutawan dalam perniagaan, dan saya juga pernah lemas tenggelam dalam hutang. 

Ada suatu ketika, sewaktu saya sedar yang kewangan saya tidak terurus. Waktu tu saya masih ingat, duit yang ada ditangan lebih kurang RM1000 sahaja. Takde duit lain dah. Simpanan takde. Barang2 berharga banyak saya dah jual utk teruskan hidup. Sebab hutang lebih besar dari duit masuk. Dan saya dah letak tepi duit RM1000, utk hidup sebulan lagi, menunggu gaji.

Dan dalam RM1000 tu jugak ada agihan utk bayar hutang kereta, dah 3 bulan tak bayar. Saya terjumpa iklan program pengurusan kewangan yang dibuat oleh Certified Financial Planner (CFP), di area Putrajaya. Saya bayar untuk datang sessi preview. Bayar RM30 jer. Nampak menarik. Saya pun semangat untuk join sessi seterusnya. Iaitu pengurusan kewangan bersama CFP. Tapi wajib kena bayar konsultasi fee untuk jumpa CFP, kira macam setuju lantik dia jadi pengurus kewangan kita lah. Fee adalah RM800. Saya pun bincang dgn isteri. Bayar RM800. Takpe, pakai jer duit yg ada, untuk nilai yang lebih besar... iaitu selesaikan masalah kewangan yg menekan ni. 

Anda tau apa solusi yang CFP bagi? Saya diminta untuk siapkan OD (Overdraft) dengan membuat loan dari ASB atau dari mana2 bank sebanyak RM20K. Dari situ, CFP akan menyusun atur plan utk uruskan hutang dan bajet kewangan setiap bulan.

Bagi saya kaedah yang dicadangkan kepada saya adalah sekadar melepaskan batuk ditangga, dan niat CFP tu hanyalah untuk buat duit untuk perut dia sahaja. Seminggu selepas saya berjumpa CFP, kereta saya kena tarik. Dan masalah kewangan bertambah teruk. Saya sangat marah dgn diri sendiri kerana membayar RM830 untuk nasihat kewangan yang bernilai sampah. 

Di SolusiEmas.com, produk kami adalah ilmu pengurusan kewangan, lengkap dengan Blueprint & Solusi nya utk mencipta income aktif dan pasif setiap bulan, walaupun anda baru hanya membayar RM20 sahaja. Anda akan dpt ilmu dan Blueprintnya. 

Samada anda mahu bersama kami dengan Bajet Hijrah Ekonomi yg bermodal RM588, (bukan sekadar bayar ilmu pengurusan kewangan, tetapi terus didaftarkan utk 2 platform bisnes yg jadi enjin kepada bajet kewangan anda) atau anda mahu buat inisiatif sendiri dengan ilmu Bajet yang kami berikan, terpulang anda. Serendah RM20 saja, kami dah bagi ilmunya (dlm bentuk video).

 

Jika anda memilih untuk menyertai program ini dgn plan RM588 atau RM3500 (pasif), anda akan didaftarkan ke 2 platform bisnes iaitu AFA International + LiveGood. Kedua-dua platform ini adalah syarikat yang berdaftar, berlesen dan mempunyai premis perniagaan fizikal dgn produk2 yang diniagakan secara sah. Telah membayar jutaan ringgit komisen kepada ahli serata dunia. Kami memilih platform yang paling efisien, kukuh dan efektif untuk mencipta income Aktif dan income Pasif  bulanan seperti yang dijadualkan.